Tag: Faisal Tehrani
-
Kontroversi Sebongkah Batu di Kuala Berang
Saya hampir tidak menyangka ia novel karya Faisal Tehrani. Seingat saya, antara novel-novel yang pernah dihasilkannya inilah yang paling nipis. Namun karya pertama beliau bersama penerbit PTS tidak mengecewakan bahkan punya makna tersendiri. (Ulasan ini ditulis sebelum keputusan JAKIM mengharamkan penjualan novel ini) Faisal Tehrani tak jemu-jemu berkhutbah kepada pembaca dengan 1001 fakta dan maklumat buat mengenalkan kita akan sejarah agama dan bangsa. Walaupun berfokus kepada Batu Bersurat Kuala Berang yang mencatatkan tarikh kedatangan Islam ke Alam Melayu ini, kita dihiburkan dengan watak-watak budaya popular seperti Sharifah Ezzati atau Nono dan Seeta Adeeni yang tergila-gilakan hero Malaya Azhan Kaya. Tugasan akhir…
·
-
Cerita-Cerita Tiga Kali Seminggu
Apa yang anda lakukan sebanyak 3 kali setiap minggu? Bersukan atau…Faisal Tehrani sekali lagi mengusik pembacanya dengan kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu. 15 Cerita Mencabar Minda Meletakkan 14 cerpen beliau yang mutakhir di samping satu novelet, Kegawatan, kita disajikan kerencaman nada penulisan beliau. Hal ini turut disentuh dalam kata pengantar yang beliau karang, ada yang disajikan dengan ‘inti lebih’ ada juga yang lebih ‘tepung salut yang nipis’. Menurut beliau yang [ketika karya tersebut ditulis] memegang mazhab Gagasan Persuratan Baru(GPB), beliau ingin menunjukkan secara praktis bahawa karya berlandaskan GPB tidak membosankan dan meminggirkan langsung aspek cerita, cuma lebih mengutamakan ‘ilmu’ untuk dikongsi bersama pembaca. Secara…
·