Tag: HAMKA
-
Andai Van Der Wijck Tidak Tenggelam
Pada usia 31 tahun, buya HAMKA telah menghasilkan karya yang mencarik adat. Masakan tidak, beliau seorang alim dalam bidang agama menulis novel cinta atau roman. Secara zahir, tema cinta ialah satu klise dalam karya sastera melainkan penulisnya secara bijaksana mengangkat persoalan lain seperti Shakespeare dan Sasterawan Negara Usman Awang. Mereka mengangkat persoalan perbezaan darjat yang menyekat hubungan cinta antara dua insan. Itulah yang menyebabkan Romeo and Juliet, serta Uda dan Dara terus dikenali sehingga hari ini. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck juga mengikut jalan cerita yang hampir serupa dengan Uda dan Dara, iaitu cinta yang tidak kesampaian dek perbezaan darjat. Cuma inti kritikan sosial karya ini lebih…
·
-
Hati Seorang HAMKA
Siapa yang tak kenal buya HAMKA, ulama’ Minang dari tanah seberang. Namun, beliau tidak sunyi daripada dugaan yang merintangi perjalanan dakwahnya. Difitnah dan ditahan di bawah regim Orde Lama Soekarno, perselisihan beliau dengan Sahibus Samahah Mufti Johor Dato’ Syed Alwi Bin Tahir al-Haddad mewarnai sejarah hidupnya. Dari Hati Ke Hati merupakan koleksi kolum tulisannya dalam majalah Panji Masyarakat dari tahun 1967 hingga tahun 1981. Meletakkan Islam sebagai dasar dan maksud penulisannya, beliau berjaya mengupas pelbagai isu yang menyelubungi masyarakat Indonesia seawal zaman pra-kemerdekaan Indonesia hingga tertubuhnya Orde Baru di tangan Jeneral Suharto. Sayangnya tiada catatan khusus mengenai tarikh rencana-rencana tersebut…
·