Tag: Seri Buku Tempo
-
Jejak-Jejak Tjokroaminoto
Ada banyak cara kreatif bagi mengenang sumbangan sesuatu tokoh, menurut kebiasaan lapangan masing-masing. Misalnya, penghargaan kepada sosok ilmuwan dijelmakan menerusi penghasilan festschrift dalam bentuk kumpulan esei oleh rakan sejawat dan juga anak-anak murid tokoh terbabit. Dalam hal ini, kita wajib belajar daripada jiran kita Indonesia. Rancangan bual bicara mingguan membahaskan pelbagai sisi sesuatu tokoh, filem-filem mengenai riwayat hidup tokoh-tokoh bangsa makin banyak dihasilkan. Tidak ketinggalan, buku-buku baik yang berbentuk akademik mahupun naratif banyak ditulis. Buku Tjokroaminoto: Guru Para Pendiri Bangsa tidak lain adalah satu hasil daripada kewartawanan siasatan (investigative journalism) oleh tim wartawan Tempo terhadap beberapa tokoh nasional, lalu dijadikan…