Tag: Silverfishbooks
-
Quran and Cricket: Makna Setiap Kelana
Buku ini kerap mencuri tumpuan saya sejak dulu, sosok Farish Noor berpakaian ala Pakistan dilatari peta kekuningan. Nama Dr. Farish Noor bukanlah asing dalam bidang sejarah dan sains politik, namun tajuk buku ini pada pandangan pertama saya sangat aneh. Sehinggalah saya membacanya. Quran and Cricket ialah catatan kembara – travelog – semasa beliau sedang menyiapkan kajian di beberapa negara seperti Tanzania, Pakistan, India, Indonesia dan selatan Thailand. Turut terselit catatan peribadi dalam kunjungannya ke Sri Lanka dan padang pasir Sahara. Quran and Cricket bukan sekadar memjejerkan bangunan atau tempat tumpuan pelancong, sebaliknya mendekati denyut nadi masyarakat setempat dengan analisis sejarah…