Tentang Intelektual: Mencicip Makna

Ketika cendekiawan tanah air tercari-cari nama universiti tempatan dalam senarai 400 universiti terbaik dunia, kami pula gempar dengan berita penggantungan tugas Prof. Dr. Aziz Bari. Arakian kami muafakat bersimpuh seketika sambil bertukar idea dalam Majlis Ilmuwan Dunkirk.

Mencari makna intelektual di puncak Cameron

Mujur, perpustakaan universiti kami menyimpan khazanah berharga dari Malaysia. Senaskhah buku tulisan Allahyarham Prof. Dr. Syed Hussein Alatas menjadi bahan diskusi. Beliau memilih pendapat Roberto Michels mengenai definis intelektual iaitu ‘persons possesing knowledge, or in a narrow sense, those whose judgement, based on reflection and knowledge, derives less directly and exclusively from sensory perception than in case of non-intellectuals‘ dan menggariskan ciri-ciri sosial para intelektual…

1)Datang dari pelbagai kelas/golongan dengan bilangan yang berbeza
2)Mereka sama ada menyokong atau menentang pelbagai gerakan budaya/politik.
3)Pekerjaan mereka secara keseluruhannya pelbagai seperti penulis, pensyarah, penyair, wartawan dll.
4)Ada kalanya mereka menjarakkan diri mereka dari masyarakat dan bergaul dalam kalangan mereka.
5)Mereka lebih berminat dengan idea, mengenai agama, kehidupan yang lebih baik, seni, budaya, perancangan ekonomi dan nasionalisme sambil melihatnya dari perspektif luas dan jalinan antaranya.
6)Kelompok intelektual hanya sebilangan kecil dari masyarakat.

Buku Intellectuals in Developing Societies ini membicarakan peranan kelompok intelektual yang berfungsi dalam pembinaan masyarakat yang sedang membangun. Pada hemat beliau tiada kelompok intelektual yang berfungsi di negara kita berbanding negara-negara Asia lain seperti Indonesia dan India disebabkan kemerdekaan kita ‘dikurniakan’ oleh pihak British tanpa perjuangan, hingga kita disentak peristiwa 13 Mei 1969. Oleh itu beliau mengutarakan konsep ‘intellectual leadership‘.

Apakah peri pentingnya kelompok ini untuk memimpin masyarakat? Kelompok intelektual berupaya (1) mengenal pasti masalah-masalah, (2) mentakrifkan masalah tersebut, (3) menganalisis masalah dan (4) memberi penawar bagi mengatasi masalah tersebut. Contoh yang dibincangkan panjang lebar dalam buku ini ialah masalah kemiskinan peribumi yang cuba diubati dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dengan lahirnya sekalian banyak profesional, adakah kita masih lagi ketandusan intelektual? Ikuti huraian lanjut mengenai golongan inteligensia dan golongan bebal akan datang…

2 thoughts on “Tentang Intelektual: Mencicip Makna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>