Category: Resensi

  • Negeri 5 Menara – Kisah Budak Pondok

    Dalam satu kuliah, Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam pernah meluahkan rasa betapa institusi pengajian agama seperti pondok dipandang remeh oleh masyarakat kini. Usahlah kita mengimpikan untuk melahirkan ulama’ terbilang seperti Dr. Yusuf Al-Qaradawi sekiranya kita mengkastakan pelajar cemerlang ke kelas sains manakala yang lain memenuhi bidang sastera, sains sosial bahkan agama. Walaupun kecewa dengan pelaksanaan dasar pendidikan sebegini, saya temui kebahagiaan dalam novel yang diinspirasikan dari kisah hidup penulisnya, A Fuadi. Mengkhayalkan dirinya sebagai Alif di dalam novel, ia bertitik tolak dari harapan ibu yang bertentangan dengan cita-cita si anak. Alif mengimpikan dirinya bakal menjadi jurutera sehebat BJ Habibie, sedangkan ibunya mengharapkan anaknya…

    ·


  • Gamitan Rindu Seorang Rafik

    Pada mulanya, saya hendak menahan diri daripada membeli kumpulan cerpen Nisah Haron ini, beserta buku Bagaimana Saya Menulis hasil usaha beliau dan Dr. Mawar Shafie menghimpunkan cerpen-cerpen penulis muda bersama proses berkreatif mereka. Barangkali saya kurang sabar menanti Pesta Buku tidak lama lagi, saya menempah 2 buku ini menerusi Ujana Ilmu. Ada yang aneh mengenai 16 cerpen dalam Rindu Seorang Rafik ini. Pertama, ia ‘tewas’ dari segi ketebalan jika dibandingkan dengan kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu. Hal ini disebabkan Faisal Tehrani memuatkan novelet Kegawatan sepanjang 58 muka surat. Kedua, usai membaca beberapa kumpulan cerpen Nisah Haron seperti Impian Tsu-Ryi, saya dapati cerpen seperti Impian Tsu-Ryi juga…

    ·