Baca Merdeka

#BacaMerdeka: Batu Bersurat Terengganu Menurut Prof Ahmat Adam

Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?
Ahmat Adam
Strategic Information and Research Development Centre SIRD
2017
Hardcover
98

Prof Ahmat Adam mungkin dikenang oleh khalayak peminat sejarah dan sejarawan untuk dua perkara. Pertama, pandangan beliau mengenai Hang Tu-Ha dan seterusnya perbezaan pandangan beliau mengenai tarikh dalam Batu Bersurat Terengganu dengan pandangan Prof. Syed Naquib Al-Attas. Kebetulan ketika polemik-polemik ini mulai tumbuh sewaktu beliau menjadi Karyawan Tamu Jabatan Sejarah UM, saya mengikuti pembentangan beliau seputar polemik tersebut dan perbahasan akademik yang ditimbulkan oleh rakan sejawat beliau.

Prof bersama buku edisi bahasa Melayu dan Inggeris di PBAKL 2017. (Sumber Foto:Twitter)

Walaupun demikian, tulisan ini tidak menolak wujudnya bukti-bukti kedatangan awal Islam di Asia Tenggara lebih awal daripada zaman Melaka. Selain daripada batu bersurat ini, turut dinyatakan bukti-bukti lain seperti kubur di Campa (431H/1039M), Gresik (475H/1082H) serta Aceh (398H/1007M). Yang dipermasalahkan beliau ialah andaian bahawa batu bersurat ini ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu tanpa adanya kemungkinan pengaruh Jawa dalam pemahatannya.

Read More »#BacaMerdeka: Batu Bersurat Terengganu Menurut Prof Ahmat Adam

#BacaMerdeka: Merdeka dengan Darah dalam Api

Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api
Ahmad Boestamam
Penerbit UKM
2004

Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api yang diterbitkan sekitar 2004 pernah saya sikapi dengan hati-hati. Pertama, dek tebal dan harganya tak lupa juga pada penglibatan beliau dalam gerakan kiri.

Empat Buku Dalam Satu

Memoir ini mengumpulkan tiga biografi beliau, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan juga Tujuh Tahun Malam Memanjang. Tidak lengkap memoir ini tanpa disertakan manifesto perjuangan beliau yang terkenal, iaitu Testament Politik A.P.I: Merdeka dengan Darah yang terbit sekitar tahun 1946, yang menjadi asbab penahanan beliau kali kedua dan pengharaman gerakan kiri seperti PKMM dan API.

Memoir ini menyusun kembali biografi beliau mengikut kronologi, dimulai zaman pra-Jepun dan pentadbiran Jepun, sesudah Jepun dan British kembali mentadbir dan akhirnya penahanan beliau sesudah Undang-Undang Darurat diisytiharkan.

Tan Sri A. Samad Ismail menulis kata pengantar yang sangat baik, sama ada ia menimbulkan persoalan untuk dicari dalam memoir sahabat beliau ini mahupun menyinggung isu-isu yang tidak disentuh oleh Ahmad Boestamam, nama sebenarnya Abdullah Thani Raja Kechil. Antara yang menarik dalam kata pengantarnya adalah:

  1. Kekuatan tokoh-tokoh gerakan kiri Melayu
  2. Siapakah tokoh yang banyak mempengaruhi Abdullah Thani hinggakan memakai nama “Ahmad Boestamam”?
  3. Kewajaran PKMM keluar dari gabungan persatuan Melayu yang kini dikenali sebagai UMNO
  4. Siapakah saingan sebenar bagi PKMM?
Read More »#BacaMerdeka: Merdeka dengan Darah dalam Api