Tag: biblioholisme
-
Biblioholisme, Sakit Yang Bukan Penyakit
Di luar perancangan, saya rupanya sedang menatap dua buah buku seputar dunia buku dan pembacaan. Pertama, buku How To Read A Book dan kedua Biblioholisme buah tangan tuan Shaharom TM Sulaiman. Buku yang hanya setebal 106 muka surat ini merupakan rangkuman 26 tulisannya sebagai kolumnis di pelbagai majalah dan akhbar seperti Massa, KOSMO dan Utusan. Sejumlah esei ini kemudiannya dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Buku dan Daya Pikatnya; Biblioholisme: Mengenal Dunia Pencinta Buku; Travelog Pencinta Buku; serta Sisi Aneh Dunia Buku. Secara peribadi, saya membahagikan buku ini kepada dua, satu bercerita mengenai sosok pencinta buku manakala seterusnya mengenai dunia buku…
·