Tidak sukar mencari tulisan George Orwell, nama pena Eric Arthur Blair. Namun saya tidak upaya menahan ‘godaan’ untuk memiliki beberapa buku dari koleksi Penguin Great Ideas, antara kumpulan esei beliau Why I Write dan Books vs. Cigarettes.
Semacam ironi apabila kulit muka buku ini meletakkan cuplikan esei terakhir dalam kumpulan ini Politics and the English Language. Hal ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa inti esei yang dimuatkan dalam buku senipis 120 halaman ini menyentuh hal politik terutamanya empayar Inggeris sekitar Perang Dunia Kedua. Terdapat empat esei disusun kemas dalam kumpulan ini, iaitu:
1. Why I Write
2. The Lion and the Unicorn: Socialism and the English Genius
3. A Hanging
4. Politics and the English Language
Why I Write dimula dan ditutup dengan raison d’etre seorang George Orwell berkecimpung dalam penulisan politik. Esei pertama bersifat autobiografi, bagaimana beliau tertarik untuk menjadi pengarang dan latar belakangnya yang mempengaruhi corak penulisan.
(more…)