Year: 2012
-
Berkenalan dengan Sejarawan: Prof. Ahmat Adam
27 Mac 2012 Beberapa hari menjelang acara Spring Moment with IluvIslam UK-Eire (S.M.I.L.E) Sabtu ini. Satu salinan makalah saya terima, sesuai dengan peranan moderator bagi sesi Malaysia dan Islam: Ini Sejarah Kita. “Siapa Prof. Ahmat Adam ini?” monolog naïf seorang pelajar tahun satu. Saat itu komuniti Malaysia di United Kingdom bertuah menerima kehadiran Dr. Asri Zainal Abidin yang bercuti sabatikal di Oxford. Pelbagai program diatur dan dipromosi atas nama beliau sebagai penarik pengunjung. Daripada carian Internet saya menjumpai beberapa maklumat mengenai Prof. Ahmat Adam. Beliau ialah seorang profesor sejarah, bermula di UKM kemudian berpindah ke UMS sebelum bersara dan dikurniakan gelar…
·
-
Pak Subky Mengenang Tunku Abdul Rahman
Koleksi tulisan pak Subky telah dibukukan di bawah judul Istimewa Terkenang. Sesuai dengan tajuknya, tulisan-tulisan beliau dalam buku ini banyak menyorot sisi sejarah yang tak diungkap sesuai dengan pengalaman beliau selaku wartawan kanan Utusan satu masa dahulu.. Apakah pandangan Dato’ Onn sebagai pengasas UMNO terhadap kemerdekaan negara? Bagaimanakah cara Tun Razak bersiasah dan bezanya dengan Dato’ Seri Najib kini? Ada beberapa catatan menarik berkaitan strategi dan suasana politik zaman Tun Abdul Razak yang boleh dikaji dan dikupas lanjut oleh peminat siasah. Buku ini turut memberi kredit kepada Tunku Abdul Rahman dalam kesungguhannya menjayakan Majlis Tilawah Antarabangsa, bukan sahaja istiqamah menghadirinya…
·