Year: 2014

  • Membaca Dunia Pendeta Za’ba

    Versi asal rencana ini telah disiarkan dalam laman sesawang Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) Tidak sahaja ibunya, bapanya pun hairan melihat kelakuan anaknya yang ganjil itu. Pada suatu hari dengan diam-diam ia mengintip kelakuan anaknya. Alangkah kagumnya demi ia melihat pada tiap-tiap pelepah itu penuh dengan ayat-ayat Qur’an bekas tangan anaknya. Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba bukan sahaja ahli bahasa dan persuratan Melayu, bahkan mencatat buah fikirnya dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, agama serta kemajuan sosioekonomi bangsa khususnya kaum Melayu pada ketika itu. Minatnya kepada bidang persuratan berputik sejak kecil lagi, ditambah…

    ·


  • Mahu Patah Balek Ke Mana?

    Menulis sebuah rencana untuk akhbar, majalah hatta portal berita dalam talian punya seninya tersendiri. Bagaimana untuk menghimpun pemikiran sarat dalam ruang terbatas tanpa mengabaikan style? Pernah saya bandingkan antara 2 kolumnis, mana satu yang saya kira lebih memuaskan. Ayu Utami (Novelis kontroversi Indonesia yang bermukim di Komunitas Utan Kayu, komuniti kajian Fathi Aris Omar di bawah API) yang menulis pengantar Patah Balek mengungkapkan style Fathi Aris Omar dalam dua ayat: Si wartawan menuliskan gejala. Ia memang tidak menyelam terlalu dalam ke dalam lorong-lorong gua bawah air yang mengerikan. Terlintas dalam fikiran saya di beberapa tempat style Fathi Aris Omar ada…

    ·