Year: 2015

  • Aku Kafir, Kau Siapa?

    Membaca tajuknya sahaja sudah kita ketahui Ooi Kok Hin benar-benar ingin menyentuh soal identiti yang mendarah daging dalam persoalan harian kita. Sayangnya persoalan identiti ini diungkap apabila timbul kepentingan tertentu di waktu tertentu, bukan dengan maksud mahu meraikan dan saling memahami seperti yang dituntut Al-Quran, li ta’arafu (Surah Hujurat 49: ayat 13). Di samping beberapa anekdot peribadi dan satira pendek, beberapa rencana dalam Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab) menyentuh tentang isu pendidikan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja saya kira isu pendidikan mula disikapi melebihi bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam, terima kasih kepada pendedahan masyarakat kita kepada data-data yang antarabangsa seperti tinjauan TIMSS, PISA…

    ·


  • al-Shura: Perbahasan Demokrasi dan Islam

    Urusan berkaitan politik (siyasah) dan pentadbiran digolongkan dalam perbahasan ilmu fiqh muamalat, melibatkan urusan dan perhubungan sesama manusia. Kefahaman mengenai kedudukan perbahasan ilmu ini penting bagi memahami dalil dan kaedah fiqh dalam perbahasan berkaitan politik, seterusnya menonjolkan sifat Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin. Antara kaedah fiqh yang terpakai secara umum dalam perbahasan muamalat ialah ‘hukum asal bagi urusan muamalat ialah harus melainkan ada dalil mengharamkan’. Hal ini difahami para ulama’ apabila Allah dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah menetapkan beberapa prinsip yang kekal – juga disebut sebagai thawabit – dalam urusan muamalat, namun kaedah pelaksanaan urusan tersebut boleh berubah…

    ·

    ,