Year: 2015

  • Noah Feldman: Negara Islam Yang Bagaimana?

    Saya menyambung dengan telaah tema Islam dan politik menerusi karya Prof. Noah Feldman, The Fall and Rise of the Islamic State yang saya kira molek dibaca oleh golongan aktivis dan penggerak gerakan Islam. Beberapa buku dengan tema yang serupa pernah saya baca, iaitu Who Needs and Islamic State oleh Dr. Abdul Wahab Effendi serta Indahnya Politik Cara Islam karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Sedikit komen mengenai buku tulisan UZAR yang lebih berorientasikan fiqh dan aplikasinya dalam konteks Malaysia berbanding dua buku terdahulu yang cenderung kepada perbahasan sejarah dan falsafah politik dalam Islam. Tesis Prof. Noah Feldman ialah berdasarkan…

    ·

    ,

  • Dalam Terang, Sebuah Puisi

    Seingat saya, saya tertarik dengan satu video yang menampilkan puisi Pelbagai Cahaya dalam kumpulan puisi ini. Menurut Prof. Wan Mohd Nor dalam prakatanya, Dalam Terang yang ditukangnya sebagai sebuah puisi panjang, dijuzukkan kepada beberapa bahagian, boleh juga dikatakan anekdot dalam puisi panjang ini. Adakalanya saya membaca karya sastera dengan tujuan lari dari hiruk-pikuk semasa. Tetapi kumpulan puisi Dalam Terang mengajak pembacanya memikirkan serius dilema dan polemik yang dihadapi sebagai seorang insan pada masa kini. Daripada suami dan isteri, hinggalah ilmuan dan menteri disinggung dengan misalan tersendiri. Kebanyakannya hadir dalam bentuk perlambangan dengan haiwan tertentu, atau keadaan tertentu. Perlambangan yang konsisten…

    ·