- Iakah Malapetaka Iklim? – 21/01/2024
- Buku dan Debu Kehidupan Kota Kaherah – 06/09/2023
- Beberapa Ingatan daripada Penat – 24/01/2023
“Best betul jadi macam kak Ain Maisarah,”bisik seorang remaja perempuan yang beratur di belakang saya kepada rakannya, menanti giliran bertemu dengan penulis pujaan hati mereka.
“Hmm…aku tulis cerpen pun tak pernah siap!” balas rakannya bernada kecewa.
Itu hanyalah borak-borak remaja perempuan yang sudah masak benar dengan pelbagai novel dan penulis yang dibaca. Bayangkan sekiranya anda seorang yang selama ini begitu alergi terhadap novel, mendapat ‘ilham dari Tuhan’ untuk menulis kisah zaman sekolah dahulu. Tentunya kerja yang sulit bukan.
Hal ini berbeza buat mas A Fuadi, umpama keajaibannya meraih 8 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Bermula dari dorongan isteri yang tertarik dengan keunikan kisah seorang pelajar pondok yang bergelar suami, beliau seumpama ditunjukkan jalan yang mudah untuk menulis novel pertama. Katanya, isteri beliaulah editor pertama dan penyusun jalan cerita bagi novel-novel beliau. Dengan latar belakang sebagai bekas wartawan Tempo, ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada beliau.
Kiat-Kiat Menulis
Terima kasih kepada Puan Ainon Mohd. dan warga kerja PTS yang membawakan mas Fuadi dari Jakarta. Beliau hadir di PBAKL 2011 untuk membicarakan novel Negeri 5 Menara dan melancarkan novel terbarunya, Ranah 3 Warna untuk pasaran Malaysia. Antara tips penulisan yang beliau kongsi:
- Menulis sesuatu yang berkaitan peribadi, hal ini memudahkan kerja menulis. Walaupun sekadar bercerita perihal kehidupan di sekolah pondok, beliau menyisipkan gagasan Man Jadda Wajada yang begitu berguna menghadapi cabaran hari esok.
- ”Kenapa aku menulis?” ialah persoalan penting untuk dijawab oleh setiap calon penulis. Jawapannya boleh jadi pelbagai, namun ia adalah kunci yang menjaga momentum penulisan kita. Apatah lagi jika jawapannya untuk mensyukuri bakat kurniaan Tuhan ini untuk menikmati honorarium dan royalti (Tentu Puan Ainon suka mendengarnya).
- Selain menulis perihal yang dekat dengan diri penulis, tulislah mengenai perkara yang kita tahu dan kita kuasai. Misalnya seorang blogger boleh sahaja menyisipkan atau menjadikan satu cerita sempurna mengenai kehidupan seorang blogger, seperti novel Diari Mat Kilang Tuan Fairoz @ Nuaeman.
- Sentiasa menyimpan bahan-bahan yang boleh menyokong penulisan kita, seperti diari, buku catatan, surat, gambar, rencana dan lain-lain. Untungnya mas Fuadi yang begitu menjaga buku-buku sekolah beliau dan gambar-gambar kenangan, di samping ibunya menyimpan koleksi surat yang beliau utuskan semasa menuntut di Pondok Moden Gontor.
- Disiplin, menulis novel memerlukan stamina seumpama pelari maraton. Justeru PAKSA DIRI untuk menulis sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari setelah segala bahan dan rangka tulisan tersedia dan fokus untuk terus menulis.
Leave a Reply