Author: Muhammad Fakhruddin
-
Iakah Malapetaka Iklim?
Hishamuddin Rais memulakan buku Malapetaka Iklim ini dengan pertanyaan, Ke Mana Hilangnya Katak Hijau? Katak hijau di Jelebu yang memberi tanda bagi kaki pancing, di mana lubuk yang dihuni ikan. Peningkatan suhu bumi secara tidak langsung memberi kesan kepada habitat haiwan dan tumbuhan kita. Bukankah iklim dan cuaca memang sentiasa berubah-ubah sejak azali? Benar dan hal ini dibahaskan panjang lebar oleh ahli sains dahulu dan kini. Berdasarkan dapatan saintifik semasa, perubahan iklim atau pemanasan global zaman moden ini bukan terjadi secara alami. Perubahan iklim zaman moden ini adalah disebabkan aktiviti manusia yang menambah gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG)…
·
-
Buku dan Debu Kehidupan Kota Kaherah
Salah satu ‘fenomena’ sewaktu zaman persekolahan saya adalah fenomena novel/filem Ayat-Ayat Cinta, seterusnya Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El Shirazy atau Kang Abik. Hangat dibahaskan dalam kalangan penggiat sastera sebagai fenomena novel cinta Islamik. Dari sudut pandang lain, fenomena yang ‘dicipta’ daripada karya-karya Kang Abik ini sebenarnya memaparkan sisi kehidupan siswa siswi al-Azhar di Mesir. Ada watak pelajar yang mempunyai segala kecukupan untuk menyempurnakan pengajian hingga ke peringkat sarjana, ada watak yang perlu mendahului keperluan keluarga hingga terpaksa memanjangkan tempoh pengajian sambil bekerja keras sehari-hari. Begitu juga memoir Aku, Buku & Kota Kaherah karya Ustaz Shahriman Jamalullayl yang menyingkap sedikit…
·