Category: Resensi
-
Memilih Untuk Menjadi Intelektual
Ketika baru menginjak ke Tingkatan 5, sudah ada teman-teman yang rancak berbual isu-isu semasa. Berkat ajaran guru-guru kami, supaya kami yang muda lekas bersikap walaupun baru mahu kenal dunia di luar lingkungan sekolah. Sesudah berjinak-jinak dengan pesta buku di ibu kota, saya mula kenal istilah intelektual lewat tulisan Prof. Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan karya Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa. Namun ia bukannya perjalanan yang mudah, saya ditimpa Edward Said, Edward Shil, Julien Benda serta Antonio Gramsci. Segalanya asing buat anak muda setahun jagung. Antara dua buku awal ini, tulisan Prof. Syed Hussein Alatas…
·
-
Asas Awal Memahami Siasah dan Fiqhnya
Dalam kehidupan beragama umat Islam di Malaysia, banyak persoalan dan isu yang dihadapi disikapi dengan garis halal haram sesuatu. Hal ini menunjukkan betapa mengakarnya orientasi hukum dalam pengajian Islam, sedangkan kefahaman fiqh juga menuntut kefahaman pelbagai ilmu alat dan ilmu semasa seperti sejarah, ekonomi dan sosiologi. Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman telah menghasilkan buku Indahnya Politik Cara Islam yang menghimpunkan pelbagai isu politik ditimbang daripada kaca mata Islam. Namun pemilihan tajuk sebegini menunjukkan orientasi hukum dalam menanggapi bidang politik yang serba kompleks, walaupun Ustaz Zaharuddin telah berusaha menunjukkan kaedah-kaedah fiqh bagi memahami hukum berkaitan sesuatu isu. Prinsip-prinsip Politik dalam Islam…