Category: Resensi
-
#BacaMerdeka: Merdeka dengan Darah dalam Api
Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api yang diterbitkan sekitar 2004 pernah saya sikapi dengan hati-hati. Pertama, dek tebal dan harganya tak lupa juga pada penglibatan beliau dalam gerakan kiri. Empat Buku Dalam Satu Memoir ini mengumpulkan tiga biografi beliau, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan juga Tujuh Tahun Malam Memanjang. Tidak lengkap memoir ini tanpa disertakan manifesto perjuangan beliau yang terkenal, iaitu Testament Politik A.P.I: Merdeka dengan Darah yang terbit sekitar tahun 1946, yang menjadi asbab penahanan beliau kali kedua dan pengharaman gerakan kiri seperti PKMM dan API. Memoir ini menyusun kembali biografi beliau mengikut…
·
-
Menonton Sinema Spiritual di Aidilfitri
Apabila kita menonton sebuah filem atau drama, sebenarnya kita sedang membaca. Justeru esei-esei seputar filem dan budaya dalam Sinema Spiritual ini boleh ‘ditonton’, dalam erti kata ia membaca teks dan subteks yang terkandung dalam filem-filem yang beliau kupas sekitar 2008-2010. Aidilfitri dalam dekad mutakhir ini pula sinonim dengan telemovie dan ulang tayang filem-filem Malaysia di kaca televisyen. Sinema Spiritual mengajak kita agar menjadi penonton yang celik lagi cerdik, bahkan besar harapannya agar gagasan Islam tsaqafi ini disambut seniman dan karyawan kelak. Perihal apakah teks dan subteks turut beliau sentuh pada menghuraikan teater beliau sendiri Kopitiam Ghadir. Tidak sukar untuk mencari…
·