Category: Resensi

  • Sasterawanara Keraton: Kembara Menganyam Kata

    Diterbitkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 13 Oktober 2013 Kembara ialah pergerakan dan penjelajahan, baik yang berlaku secara jasmani – bergerak dari satu tempat ke tempat lain – mahupun secara maknawi membabitkan anjakan kefahaman intelek dan peningkatan makam kerohanian. Semacam trend masa kini, pelbagai pihak ghairah menghasilkan travelog hasil daripada kembara yang dilalui. Sebaliknya, saudara Hazwan Ariff Hakimi memilih untuk merakam kembaranya dalam dunia penulisan puisi menerusi kumpulan puisi 33 Puisi Kembara: Sasterawanara Keraton. Susunan puisi mengikut tahun puisi-puisi ini ditulis dari tahun 2003 hingga 2011, menyerlahkan unsur kembara seorang penulis muda. Sebagai arkitek yang baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Nottingham,…

    ·


  • Rihlah Ilmiah: Seorang Penuntut Ilmu Kepada Sang Guru

    Ternyata menulis memoir bukanlah sesuatu yang sukar. Lihat sahaja rak kedai buku dapat kita lihat pelbagai memoir dan biografi khususnya tokoh-tokoh politik, tidak kurang juga tokoh korporat, seniman dan sasterawan. Namun jarang sekali kita dapati biografi seorang sarjana atau ilmuan seperti Rihlah Ilmiah ini, mengungkap pengalaman ilmiahnya untuk dicontohi masyarakat umum. Pengalaman berguru dengan dua sarjana Muslim kontemporari — Prof. Fazlur Rahman dan Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas — menjadikan memoir Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ini menarik untuk ditatapi masyarakat Malaysia. Memoir ini disusun berdasarkan soalan-soalan tertentu yang mencakupi aspek kehidupan dan perjalanan ilmiah beliau di United States…

    ·