Tag: A Fuadi
-
Bagaimana A Fuadi Menulis?
“Best betul jadi macam kak Ain Maisarah,” bisik seorang remaja perempuan yang beratur di belakang saya kepada rakannya, menanti giliran bertemu dengan penulis pujaan hati mereka. “Hmm…aku tulis cerpen pun tak pernah siap!” balas rakannya bernada kecewa. Itu hanyalah borak-borak remaja perempuan yang sudah masak benar dengan pelbagai novel dan penulis yang dibaca. Bayangkan sekiranya anda seorang yang selama ini begitu alergi terhadap novel, mendapat ‘ilham dari Tuhan’ untuk menulis kisah zaman sekolah dahulu. Tentunya kerja yang sulit bukan. Hal ini berbeza buat mas A Fuadi, umpama keajaibannya meraih 8 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Kisah dirinya bermula dari…
·
-
Negeri 5 Menara – Kisah Budak Pondok
Dalam satu kuliah, Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam pernah meluahkan rasa betapa institusi pengajian agama seperti pondok dipandang remeh oleh masyarakat kini. Usahlah kita mengimpikan untuk melahirkan ulama’ terbilang seperti Dr. Yusuf Al-Qaradawi sekiranya kita mengkastakan pelajar cemerlang ke kelas sains manakala yang lain memenuhi bidang sastera, sains sosial bahkan agama. Walaupun kecewa dengan pelaksanaan dasar pendidikan sebegini, saya temui kebahagiaan dalam novel yang diinspirasikan dari kisah hidup penulisnya, A Fuadi. Mengkhayalkan dirinya sebagai Alif di dalam novel, ia bertitik tolak dari harapan ibu yang bertentangan dengan cita-cita si anak. Alif mengimpikan dirinya bakal menjadi jurutera sehebat BJ Habibie, sedangkan ibunya mengharapkan anaknya…
·