Tag: Aku Kafir Kau Siapa
-
Aku Kafir, Kau Siapa?
Membaca tajuknya sahaja sudah kita ketahui Ooi Kok Hin benar-benar ingin menyentuh soal identiti yang mendarah daging dalam persoalan harian kita. Sayangnya persoalan identiti ini diungkap apabila timbul kepentingan tertentu di waktu tertentu, bukan dengan maksud mahu meraikan dan saling memahami seperti yang dituntut Al-Quran, li ta’arafu (Surah Hujurat 49: ayat 13). Di samping beberapa anekdot peribadi dan satira pendek, beberapa rencana dalam Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab) menyentuh tentang isu pendidikan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja saya kira isu pendidikan mula disikapi melebihi bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam, terima kasih kepada pendedahan masyarakat kita kepada data-data yang antarabangsa seperti tinjauan TIMSS, PISA…
·