Tag: memoir
-
Rihlah Ilmiah: Seorang Penuntut Ilmu Kepada Sang Guru
Ternyata menulis memoir bukanlah sesuatu yang sukar. Lihat sahaja rak kedai buku dapat kita lihat pelbagai memoir dan biografi khususnya tokoh-tokoh politik, tidak kurang juga tokoh korporat, seniman dan sasterawan. Namun jarang sekali kita dapati biografi seorang sarjana atau ilmuan seperti Rihlah Ilmiah ini, mengungkap pengalaman ilmiahnya untuk dicontohi masyarakat umum. Pengalaman berguru dengan dua sarjana Muslim kontemporari — Prof. Fazlur Rahman dan Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas — menjadikan memoir Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ini menarik untuk ditatapi masyarakat Malaysia. Memoir ini disusun berdasarkan soalan-soalan tertentu yang mencakupi aspek kehidupan dan perjalanan ilmiah beliau di United States…
·
-
#BacaMerdeka: Merdeka dengan Darah dalam Api
Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api yang diterbitkan sekitar 2004 pernah saya sikapi dengan hati-hati. Pertama, dek tebal dan harganya tak lupa juga pada penglibatan beliau dalam gerakan kiri. Empat Buku Dalam Satu Memoir ini mengumpulkan tiga biografi beliau, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan juga Tujuh Tahun Malam Memanjang. Tidak lengkap memoir ini tanpa disertakan manifesto perjuangan beliau yang terkenal, iaitu Testament Politik A.P.I: Merdeka dengan Darah yang terbit sekitar tahun 1946, yang menjadi asbab penahanan beliau kali kedua dan pengharaman gerakan kiri seperti PKMM dan API. Memoir ini menyusun kembali biografi beliau mengikut…
·