Tag: pesta buku
-
3 Hal dari 2024
1. Semakin banyak ‘pesta buku’ dan pemain baharu dalam arena buku. Banyak yang mengisi tema-tema baru walaupun disebut sebagai ‘healing’. ‘Healing’ bukanlah baharu tetapi pembawaan nuansa generasi Z. Generasi lain pun ikut ‘healing’ dengan cara dan minat masing-masing. Setiap daya yang menggerak akan ada daya yang merintang menurut ilmu fizik, dan pengalaman hidup secara umumnya. 2. Saya semakin lambat membaca, dan Imran Rasid suruh kurangkan membaca! Di persimpangan ini terasa mahu menelaah ke daerah jahil saya, ekonomi. Walaupun pernah cuba membaca almarhum Ungku Aziz dan Dr. Khalid, saya sedar ada banyak yang saya tak tahu, misalnya apakah sesuatu itu punya…
·
-
Buku dan Debu Kehidupan Kota Kaherah
Salah satu ‘fenomena’ sewaktu zaman persekolahan saya adalah fenomena novel/filem Ayat-Ayat Cinta, seterusnya Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El Shirazy atau Kang Abik. Hangat dibahaskan dalam kalangan penggiat sastera sebagai fenomena novel cinta Islamik. Dari sudut pandang lain, fenomena yang ‘dicipta’ daripada karya-karya Kang Abik ini sebenarnya memaparkan sisi kehidupan siswa siswi al-Azhar di Mesir. Ada watak pelajar yang mempunyai segala kecukupan untuk menyempurnakan pengajian hingga ke peringkat sarjana, ada watak yang perlu mendahului keperluan keluarga hingga terpaksa memanjangkan tempoh pengajian sambil bekerja keras sehari-hari. Begitu juga memoir Aku, Buku & Kota Kaherah karya Ustaz Shahriman Jamalullayl yang menyingkap sedikit…
·