Sajak-Sajak Terlarang
Dr. Muhaimin Sulam
Karyawan Publishing House
2015
Eka Kurniawan, ketika ditanya oleh penyair sedang naik di seberang, Aan Mansyur, mengenai catatan jurnalnya sederhana menjawab: aku lebih ingin membesarkan diriku sebagai pembaca daripada penulis.
Menjadi pembaca bagi mas Eka ialah satu eskapisme dan perkenalan. Mengenali dunia yang baharu kita masuki, kemudian masuk ke dunia asing yang lagi satu. Menjadi pembaca itu sendiri pun belum tentu menjadi satu hal yang menghiburkan, bergantung pada bahan yang kita baca dan apa yang dihasratkan oleh kita.
Saya sendiri bukanlah pembaca sajak yang baik, jauh sekali untuk menukang satu sajak yang memuaskan. Malahan sering saja saya kecewa pada bacaan kali pertama.
Ada banyak cara kreatif bagi mengenang sumbangan sesuatu tokoh, menurut kebiasaan lapangan masing-masing. Misalnya, penghargaan kepada sosok ilmuwan dijelmakan menerusi penghasilan festschrift dalam bentuk kumpulan esei oleh rakan sejawat dan juga anak-anak murid tokoh terbabit.
Dalam hal ini, kita wajib belajar daripada jiran kita Indonesia. Rancangan bual bicara mingguan membahaskan pelbagai sisi sesuatu tokoh, filem-filem mengenai riwayat hidup tokoh-tokoh bangsa makin banyak dihasilkan. Tidak ketinggalan, buku-buku baik yang berbentuk akademik mahupun naratif banyak ditulis.
Buku Tjokroaminoto: Guru Para Pendiri Bangsa tidak lain adalah satu hasil daripada kewartawanan siasatan (investigative journalism) oleh tim wartawan Tempo terhadap beberapa tokoh nasional, lalu dijadikan beberapa siri buku. Tidak sedikit kritik atas usaha ini, antaranya daripada wartawan senior Tempo sendiri, Goenawan Mohamad. Usaha ini dilihat sebagai mengagungkan masa lalu ketimbang tokoh dan pencapaian yang lebih semasa.
Insaf atas kekurangan itu, lalu buku-buku yang dihasilkan sememangnya bukanlah satu rakaman yang sempurna. Tim tersebut mengakui mereka bukan sejarawan, yang punya autoriti ke atas terhasilnya biografi ringkas Tjokroaminoto ini. Justeru kita dipersembahkan dengan sebuah ‘sketsa’ sejarah, daripada beberapa detik hidup seorang Tjokroaminoto.
Musyawarah Buku
Khaled Abou El Fad
Penerbit Serambi
2002
224
Musyawarah Buku, Menyelusuri Keindahan Islam dari Kitab ke Kitab ini merupakan terjemahan bahasa Indonesia edisi pertama buku Conference of the Books, The Search for Beauty in Islam, kumpulan esei oleh Dr. Khaled Abou El Fadl yang merupakan pakar perundangan Islam di UCLA.
Edisi awal ini diterbitkan pada tahun 2001, justeru tidak menyinggung perkembangan pasca 911 dan beberapa pandangannya yang lebih kontroversi, antaranya menyentuh isu hijab dalam edisi kemas kini beberapa tahun kemudiannya. Oleh itu, kita bisa membaca esei-esei ini atau setepatnya catatan harian beliau dari tahun 1994 hingga tahun 2000, dengan lebih nyaman tanpa diusik kontroversi yang mendatang itu. Sekiranya masih berminat, ada satu-dua bab daripada edisi kemas kini yang dimuatkan dalam blog Dr. Khaled, di samping beberapa komentar yang berlegar di alam maya.
Secara peribadi, membaca untuk menjatuhkan hukum bukanlah kegemaran saya. Kita boleh membaca karya pelbagai pengarang, tokoh dan ilmuwan secara sedar akan kecenderungan mereka, tetapi tidaklah mudah terikut-ikut dengan apa yang cuba dicadangkan, didendangkan atau diajarkan dalam kitab-kitab itu. Maka saya menghargai keamanan fikir untuk mengenali seorang Khaled Abou El-Fadl, daripada tajuk buku ini, juga seorang pencinta, kalau pun tidak seorang penggila buku.
Pemilihan tajuk asalnya saya kira disengajakan, diinspirasikan daripada tajuk puisi Parsi yang terkenal, iaitu Mantiq at-Tayr atau Conference of the Birds karangan Farid al-Din Attar. Tajuk itu selayaknya bagi buku ini yang tidak berminat untuk menunjuk-nunjukkan hukum atau menayangkan apa-apa fatwa.