Tag: aktivisme
-
Kalau Saya Mahasiswa
Membaca tajuknya sahaja, Kalau Saya Mahasiswa sudah menimbulkan teka-teki. Adakah Dato’ Saifuddin Abdullah terkenang-kenang zaman aktivisme beliau di kampus, atau satu pernyataan untuk membaiki suasana aktivisme kampus masa kini? Kebetulan sewaktu saya menulis ini, Dato’ bukan lagi seorang Ahli Parlimen ataupun berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam perkembangan ini, sudah banyak gerakan-gerakan anak muda baru (UTAM, Buku Jalanan, TFTN) berkembang di kampus. Jarang sekali seorang ahli politik menulis manifesto bagi portfolio kementeriannya, seperti yang termuat dalam e-buku “Kalau Saya Mahasiswa’ ini. Bahagian 1: ‘Romantisisme’ Gerakan Mahasiswa Sebagai mukadimah buku ini, penulis membuat satu analisis ringkas mengenai sejarah gerakan mahasiswa di…
·