Tag: Islamisme

  • Fiqh Siasah: Risalah mengenai Syura

    Perbahasan tentang Islam dan politik, walaupun menarik dalam konteks semasa tetapi satu yang telah lama saya tinggalkan buat beberapa ketika. Salah satunya disebabkan banyak penulisan tema berkenaan masih berada pada teoritikal dengan merujuk kepada amalan sewaktu zaman keemasan Islam, yakni zaman Rasulullah S.A.W serta zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidun. Kebanyakan literatur Islam dan politik yang sempat saya tekuni menanggapi syura sebagai satu konsep yang hampir dengan konsep demokrasi yang diamalkan masa kini, sedangkan konsep demokrasi itu sendiri mempunyai sejarah dan perkembangannya yang tersendiri hingga membawa kepada pelbagai kaedah demokrasi yang diamalkan pada kebanyakan negara bangsa moden kini. Demokrasi boleh difahami sebagai…

    ·


  • Gus Dur, Dari Pesantren ke Istana

    Sedari awal lagi, Prof Greg Barton mengakui bahawa biografi Gus Dur ini sebagai satu biografi yang subjektif dan cuba mempersembahkan Gus Dur sebagai tokoh, dan idea-idea liberalnya dalam konteks Indonesia dalam bentuk mudah. Pada beberapa bab awal, susunan biografi ini tidaklah sepenuhnya berdasarkan kronologi. Diselitkan di beberapa tempat huraian mengenai tatanan keagamaan masyarakat Indonesia, khususnya masyarakat Muslim dan Jawa. Gus Dur, sebagai anak pemuka Islam yang terkenal di Pulau Jawa yakni Kiai Wahid Hasyim yang pernah menjadi menteri agama, juga merupakan cucu kepada pendiri ormas Nahdlatul Ulama’ (NU), Kiai Hasyim Asy’ari. Hal ini sangat mirip dengan seorang lagi tokoh dari…

    ·