Category: Resensi
-
Merenung Seni Berfikir yang Hilang #SBYH
Sebagai ‘pengikut’ tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di blog mahupun karya-karyanya yang terdahulu, topik-topik yang disentuh dalam buku Seni Berfikir yang Hilang pada tahun 2020 bukanlah sesuatu yang terlalu asing buat saya secara peribadi. Adakalanya seolah-olah mengimbau beberapa kuliah beliau yang sempat diikuti, terutamanya di Khalifah Model School Ampang. Apa yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca adalah beberapa huraian beliau mengenai kitab kecil yang dikarang oleh Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi bertajuk Thaqafah Al-Da’iyah. Karya ini boleh dikatakan kurang menjadi perhatian dalam konteks masyarakat Malaysia. Namun begitu, masih terdapat penerbit yang telah menterjemahkan kitab ini ke bahasa Melayu dengan…
·
-
Dilema Pembangunan dalam Sains untuk Manusia
Dalam sejarah pembangunan negara, pelbagai idea dan wacana pembangunan telah dirancang dan diterapkan dengan matlamat untuk melonjakkan taraf kehidupan rakyat dan kesejahteraan negara. Sebagai contoh, strategi pembangunan luar bandar menerusi kegiatan pertanian komoditi masih relevan dengan potensi geografi dan demografi beberapa negeri di Malaysia. Beberapa perancangan pembangunan jangka panjang telah dirangka bagi mencapai hasrat tersebut seperti Wawasan 2020 yang digagaskan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Wawasan tersebut meletakkan sembilan cabaran strategik yang perlu ditangani sebelum Malaysia mencapai negara yang maju, salah satunya adalah: mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang…
·