Jejak-Jejak di Pantai Zaman: Visi Kemasyarakatan Pendeta Zaaba

Jejak-jejak di Pantai Zaman
Ungku A. Aziz
UM Press
2008

Fenomena kemiskinan khususnya dalam kalangan orang Melayu sering diperkatakan ramai orang, namun sedikit yang cuba meneliti isu ini dengan lebih mendalam dan menawarkan penyelesaian yang tuntas. Betapa seriusnya isu kemiskinan ini sehingga agenda membasmi kemiskinan tanpa mengira kaun menjadi salah satu strategi utama dalam Dasar Ekonomi Baru yang menjadi dasar kerajaan sejak tahun 1970.

Kepentingan membicarakan perihal kemiskinan orang Melayu ini telah disedari oleh seorang guru dalam lingkungan akhir 20-an. Guru tersebut mula menghantar rencana ke akhbar The Malay Mail bertajuk The Poverty of the Malays yang disiarkan pada Disember 1923, diikuti dengan siri respon, balasan dan akhirnya rencana kesimpulan, iaitu The Salvation of the Malays daripada guru tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau menyiarkan semula rencana tersebut dalam bahasa Melayu dengan tajuk Kemiskinan Orang Melayu dan Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu dalam akhbar Al-Ikhwan. Guru tersebut ialah Pendeta Zaaba, yang lebih dikenali dalam lapangan bahasa dan persuratan Melayu. Buku Jejak-Jejak di Pantai Zaman karya Prof. DiRaja Ungku A. Aziz cuba mengetengahkan idea Pendeta Zaaba mengenai isu kemasyarakatan yang tidak dipedulikan sewaktu hayatnya.

Permata yang Terpendam

Pendeta Zaaba sedari muda merupakan pengarang yang kritikal dan mempunyai pandangan yang tajam. Penulisan awal beliau baik dalam akhbar berbahasa Melayu mahupun berbahasa Inggeris sangat kritikal terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran British ketika itu, terutamanya berkaitan dengan dasar pelajaran.

Read More »Jejak-Jejak di Pantai Zaman: Visi Kemasyarakatan Pendeta Zaaba

Gus Dur, Dari Pesantren ke Istana

Dari Pesantren Ke Istana: Biografi Presiden ke-4 Indonesia Kiai Haji Abdurrahman Wahid
Inisiatif Buku Darul Ehsan IBDE
Greg Barton, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi (Penterjemah)
Awal Nahdah Resources
2016
Paperback
529

Sedari awal lagi, Prof Greg Barton mengakui bahawa biografi Gus Dur ini sebagai satu biografi yang subjektif dan cuba mempersembahkan Gus Dur sebagai tokoh, dan idea-idea liberalnya dalam konteks Indonesia dalam bentuk mudah. Pada beberapa bab awal, susunan biografi ini tidaklah sepenuhnya berdasarkan kronologi. Diselitkan di beberapa tempat huraian mengenai tatanan keagamaan masyarakat Indonesia, khususnya masyarakat Muslim dan Jawa.

Gus Dur, sebagai anak pemuka Islam yang terkenal di Pulau Jawa yakni Kiai Wahid Hasyim yang pernah menjadi menteri agama, juga merupakan cucu kepada pendiri ormas Nahdlatul Ulama’ (NU), Kiai Hasyim Asy’ari. Hal ini sangat mirip dengan seorang lagi tokoh dari ormas berseberangan dengan NU, iaitu buya HAMKA (Muhammadiyah dan Masyumi). Namun keduanya mempunyai kecenderungan serupa, ulat buku sedari kecil dan peminat karya seni dan persuratan.

Seperti buya HAMKA remaja, Gus Dur remaja sering kali mencari kesempatan untuk menonton wayang baik ketika menuntut di pesantren, di Al-Azhar hinggalah ke Baghdad. Buku dan seni membesarkannya sebagai sosok cendekiawan, namun kepintarannya dalam bidang agama turut dimanfaatkan para kiai khususnya untuk mengajarkan bidang usul fiqh dan tasawuf beberapa ketika di Jombang, sebelum beliau berhijrah ke kota Jakarta.

Read More »Gus Dur, Dari Pesantren ke Istana

#BacaMerdeka: Batu Bersurat Terengganu Menurut Prof Ahmat Adam

Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?
Ahmat Adam
Strategic Information and Research Development Centre SIRD
2017
Hardcover
98

Prof Ahmat Adam mungkin dikenang oleh khalayak peminat sejarah dan sejarawan untuk dua perkara. Pertama, pandangan beliau mengenai Hang Tu-Ha dan seterusnya perbezaan pandangan beliau mengenai tarikh dalam Batu Bersurat Terengganu dengan pandangan Prof. Syed Naquib Al-Attas. Kebetulan ketika polemik-polemik ini mulai tumbuh sewaktu beliau menjadi Karyawan Tamu Jabatan Sejarah UM, saya mengikuti pembentangan beliau seputar polemik tersebut dan perbahasan akademik yang ditimbulkan oleh rakan sejawat beliau.

Prof bersama buku edisi bahasa Melayu dan Inggeris di PBAKL 2017. (Sumber Foto:Twitter)

Walaupun demikian, tulisan ini tidak menolak wujudnya bukti-bukti kedatangan awal Islam di Asia Tenggara lebih awal daripada zaman Melaka. Selain daripada batu bersurat ini, turut dinyatakan bukti-bukti lain seperti kubur di Campa (431H/1039M), Gresik (475H/1082H) serta Aceh (398H/1007M). Yang dipermasalahkan beliau ialah andaian bahawa batu bersurat ini ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu tanpa adanya kemungkinan pengaruh Jawa dalam pemahatannya.

Read More »#BacaMerdeka: Batu Bersurat Terengganu Menurut Prof Ahmat Adam