Mahu Patah Balek Ke Mana?

Patah Balek Book Cover Patah Balek
Fathi Aris Omar
SIRD
2005
263

Essays on social situation pasca political crisis, 1998 in Malaysia; collected articles.

Menulis sebuah rencana untuk akhbar, majalah hatta portal berita dalam talian punya seninya tersendiri. Bagaimana untuk menghimpun pemikiran sarat dalam ruang terbatas tanpa mengabaikan style? Pernah saya bandingkan antara 2 kolumnis, mana satu yang saya kira lebih memuaskan.

Ayu Utami (Novelis kontroversi Indonesia yang bermukim di Komunitas Utan Kayu, komuniti kajian Fathi Aris Omar di bawah API) yang menulis pengantar Patah Balek mengungkapkan style Fathi Aris Omar dalam dua ayat:

Si wartawan menuliskan gejala. Ia memang tidak menyelam terlalu dalam ke dalam lorong-lorong gua bawah air yang mengerikan.

Terlintas dalam fikiran saya di beberapa tempat style Fathi Aris Omar ada irasnya dengan penulisan Prof. Syed Hussein Alatas, terutamanya dengan kaedah mengajukan persoalan-persoalan dan memberikan ciri tertentu. Sudah tentu kedua-dua penulis punya latar dan matlamat berbeza, seorang di ranah kewartawanan dan seorang lagi di laman universiti.

Antara isu yang diulang pada beberapa tempat dalam Patah Balek ialah hal budaya membaca kita yang tidak mampu pergi jauh. Inilah juga titik kritik Fathi Aris Omar pada sistem usrah, turut menggegarkan Simposium UTAM (Universiti Terbuka Anak Muda) tahun lalu.

Saya banyak melihat Fathi Aris cuba menggunakan pendekatan falsafah dalam beberapa hal, justeru ada kenyataannya yang perlu direnungi daripada sekadar mengambil makna harfiahnya semata-mata.

Antaranya apabila beliau berbicara mengenai perlunya kita menyemak andaian (assumption) yang mendasari hujah-hujah yang kita gunakan, termasuklah apabila berbicara mengenai identiti kita sebagai Melayu dan orang Islam.

Tidak semestinya ia bermaksud agar kita meragui asas atau andaian yang menjadi dasar hujah tersebut. Apakah kita menerima asas-asas tersebut atas dasar ‘social conditioning’ ataupun kita benar-benar belajar dan memahaminya?

Pada saya, inilah peri penting budaya ilmu diamalkan — baik dari segi budaya membaca buku, berwacana mahupun dengan berguru. Semua ini akan berhasil jika kita menuruti pesan pendeta Za’ba, perangai ‘bergantung kepada diri sendiri’.

Muhammad Fakhruddin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.