Orang tua berpesan agar ibu mengandung rajin mengamalkan surah Yusuf agar anak lelakinya kelak kacak persis Nabi Yusuf. Sebaliknya Puan Ainon Mohd telah melatih ratusan penulis khususnya di bawah PTS agar mengamalkan Teknik Surah Yusuf agar novel mereka menjadi indah dan laku di pasaran.

Sebahagian siri Daripada Pembaca Menjadi Penulis
Teknik Surah Yusuf yang beliau gagaskan ialah pendekatan praktikal terhadap teori sastera hasanah pegangan beliau. Dua prinsip penting dalam teknik ini yang berhubung langsung dengan teori sastera hasanah ialah aspek halal dan haram dalam sesebuah karya dan aspek keindahan sebuah karya, berpandukan ciri-ciri yang terkandung dalam surah Yusuf. Antara perkara yang mempengaruhi halal dan haram sesebuah karya ialah (1)informasi mengenai tubuh atau pakaian watak yang menggambarkan ketampanan, kejelitaan atau seksualitinya dan (2) informasi teknikal dan terperinci mengenai perbuatan mungkar seperti mencuri dan membunuh.
Berdasarkan kajian Puan Ainon, antara aspek yang memberi keindahan kepada sesebuah cerita/karya…
1)Berasaskan kisah benar. Beliau memberi contoh karya-karya yang ditulis yang berasaskan kisah benar (walaupun bukan 100%) seperti Hikayat Hang Tuah, novel Negeri 5 Menara dan novel Lasykar Pelangi dan terbukti karya-karya ini mempunyai pembaca ramai dan laku keras di pasaran.
2)Watak utamanya ialah lelaki. Nabi Yusuf ialah seorang lelaki, fakta. Semua golongan pembaca tanpa mengira jantina boleh menikmati ceritanya. Kebiasaannya lelaki kurang berminat untuk membaca cerita yang meletakkan wanita sebagai watak utama(sebenarnya tepuk dada, tanyalah selera). Contoh karya evergreen yang meletakkan lelaki sebagai watak utama ialah novel-novel HAMKA dan sudah tentu, Hikayat Hang Tuah (walaupun pernah kecoh dahulu Hang Tuah ialah seorang wanita!)
3)Cerita yang indah banyak menggunakan ayat dialog berbanding ayat naratif. 86 ayat daripada 111 ayat yang terkandung dalam surah Yusuf ialah ayat dialog. Fungsi utama dialog dalam surah ini ialah menggerakan plot. Justeru, tiada dialog yang klise seperti contoh pada muka surat 174.
” Jemputlah masuk ke rumah kami,” kata Pak Kemat mempelawa Tuk Guru Dagang masuk ke rumah mereka.
” Baiklah,” kata Tuk Guru Dagang sambil langkah kakinya mengekori Pak Kemat masuk ke rumah.
4)Surah Yusuf tiada unsur imbas kembali atau flashback. Oleh itu, penulis mudah untuk menyusun plot untuk sesebuah cerita/novel.
5)Untuk menjadikan sesebuah cerita itu enak untuk dinikmati, laku keras lagi evergreen sepanjang zaman, gunakanlah bahasa laras tinggi atau Bahasa Melayu Tinggi menurut Puan Ainon.
Terdapat pelbagai persoalan yang beliau sentuh, antaranya mengenai penciptaan konflik, pelukisan watak jahat serta pemilihan tema yang sesuai. Berbalik kepada teori sastera hasanah, sesebuah cerita mestilah berfungsi sebagai
(1) mengajak pembaca berfikir [Yusuf:ayat3-4]
(2)menyampaikan peringatan Tuhan kepada pembaca [Yusuf:ayat 104 & 109]
(3) menyampaikan pelajaran [Yusuf:ayat 111]
Kesimpulan ringkas yang saya buat ialah ia mirip kepada pandangan Mohd. Affandi Hassan pengasas Gagasan Persuratan Baru, yang bermatlamat untuk menghasilkan karya yang indah dan bermakna, serta berisi wacana ilmu.
Untuk mendalami lebih lanjut Teknik Surah Yusuf boleh dapatkan naskhah ini di pasaran terbitan PTS, atau mengikuti bengkel penulisan anjuran Puan Ainon sendiri. Saya akhiri ulasan ini dengan ucapan selamat berkarya kepada bro Tengkorak Emas a.ka Hasrul Shahril dan blogger-blogger seantero Malaysia…Jangan lupa kita Derma dan Baca @Ramadan ![]()
erm…. baru pertama kali dengar pasal teknik nie… sesuai utk org yg suka membaca novel je ke… adik perempuan aku sume hobi baca novel… boleh la bg saranan utk dia org beli…
Jom terjah…Belajar Buat Child Theme WordPress
Buku ini sesuai untuk orang yang berjinak-jinak untuk menulis novel. Molek benar dah jadi kaki novel, jadi penulis pula
Dalam laptop aku ada beberapa perenggan novel yang pernah aku tulis suatu ketika dahulu. Hrmm.. bila baca tips-tips kat dalam artikel nie rasa semangat sambung balik tulis novel aku tu.. hehe
Alhamdulillah, banyak juga penulis yang singgah di entri ini. Saya doakan agar terus berjaya
beritahu saya kalau sudah diterbitkan kelak, boleh saya ulas di sini.
Untuk kes writer’s block, rasanya boleh amalkan KJ method. Cuba cari buku Tip Menjadi Penulis Bestseller tulisan tuan Zamri Mohamad, ada ditulis secara terperinci mengenai kaedah KJ method ini.
boleh belajar banyak nih..
Aha…boleh sahaja gambar-gambar comel, ditambah dengan captionnya yang comel juga disusun elok-elok menjadi novel kanak-kanak
Saya pernah pergi kursus Teknik Surah Yusuf anjuran PTS. Memang menarik sebab plot cerita novel akan jadi mudah dan laju.
Alhamdulillah, ada juga peserta bengkel Puan Ainon datang ke mari
Salam perkenalan…boleh tolong-tolong bro Tengkorak Emas tu, dia berminat dengan Teknik Surah Yusuf.
Seingat saya Teknik Surah Yusuf ini :
1. tidak menghukum watak jahat.
2. Susunan ayat mesti buat dahulu baru cakap.
Hehe. Itu je ingat.
Kedua-dua buku diatas adalah keluaran PTS. Kenapa tidak letak nombor rujukan ISBN senang hendak cari. Saya baru buat pesanan secara online membeli buku dari PTS
Teknik Surah Yusuf : 978-967-369-102-9
Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas: 978983-3585-31-1
Teori-teori menggunakan Surah Yusof ini sesuai digunakan untuk menulis novel. Malah kebanyakan penulis yang mengamalkan teori ini juga berjaya menghasilkan buku, yang laku keras di pasaran.
Dalam bahagian non-fiksyen pula, saya melihat teori ini boleh digunakan dalam kaedah interteks. Sebagai contoh, mengaitkan cerita seseorang dengan tip yang cuba kita sampaikan.
Mudah-mudahan teori Surah Yusof ini diguna pakai bagi tujuan kebaikan. Bagi pengkritik destruktif, lihat kembali dalam aspek positif.
Terima kasih atas usaha penulis blog kerana menerbitkan entri ini.
Dalam arena sastera tempatan, saya tidak takut kepada pengkritik yang destruktif.
Apa yang saya lebih bimbangkan, mutiara-mutiara sebegini disia-siakan dalam kajian ilmiah bidang sastera.
Politik dunia sastera
baru sahaja tahu.. dari surah yusof pun kita boleh belajar menulis novel..subhanallah..
Kalau bro berminat, boleh ikuti bengkelnya bersama Puan Ainon
Mukjizat Allah…kepada mereka yang mengkaji dan mengamalkan.
Kena cuba ni. Boleh guna buat skrip. Hehe.
Wah, penulis skrip rupanya
wahh, ada teknik surah yusuf plak..
Suatu masa nanti mungkin geng blogger Malaysia boleh mengkaji teknik surah apa yang terbaik untuk industri blogging kita
Saya suka persepsi tuan. Ia memang wajar diamalkan oleh pemilik blog tempatan.
teringin nak tau..ahaha..
surah apa ya?? utk industri blogging
Payah benar soalan ini…
Kena tanya Ustaz Zahiruddin yang sedang mengkaji tu
Insyallah KA teringin baca buku tu, rasanya isi di dalamnya menarik bukan….
Kalau nak jadi penulis novel, beli buku Teknik Surah Yusuf.
Kalau nak jadi penulis rencana di akhbar & majalah, beli buku biru tu
Assalamualaikum, tuan. Insya-Allah doakan saya dapat mengeluarkan buku dan gagasan seumpama dengan memfokuskan kajian pada Surah Asy-Syuarak (Para Penyair)….
Waalaikumussalam Ustaz,
saya sangat gembira mendengar berita sebegini.
Moga PTS (dan juga penerbit buku Melayu yang lain) lebih giat mengkaji khazanah Al-Quran & Sunnah yang berguna untuk pelbagai lapangan ilmu seperti sastera, kepemimpinan, psikologi dan lain-lain.
oh thanks bro, kena dapatkan juga buku tu, cuma untuk kali ni dapatlah tau juga pasal dialog klise tu, maksudnya dialog yg digalakkan mcm ni ke,
“aku bukan orang politik,”
“tapi kau main politik”
“aku orang Islam. Itu lebih utama. Dengannya politik aku terjaga”
he contoh je..mcm tu ke?
Saya tak berani nak komen contoh bro tu (harap-haraplah Puan Ainon rajin blogwalking sampai ke blog ini).
Tetapi secara peribadi saya katakan contoh dialog itu boleh diguna pakai, kalau ia berguna untuk menggerakkan cerita kita.
Ada satu bab dalam buku itu bertajuk “Falsafah Dalam Dialog”.
oh, jadi dialog yg klise tu ialah apabila ada penerangan selepas dialog tu kan?
contoh mcm jemputlah masuk tu
Tidak semestinya ada penerangan menjadikan sesuatu dialog itu klise.
Dalam konteks contoh yang Puan Ainon berikan, dialog sebegitu hanya berfungsi untuk memanjangkan cerita dan tidak membabitkan perkembangan plot.
Boleh sahaja peristiwa kedatangan Tuk Guru Dagang digambarakan secara naratif dalam satu ayat, sudah memadai.
Contoh dialog dalam surah Yusuf yang berfungsi sebagai plot seperti ayat 4, 5, 8-9, 10, 11-12, 13, dan 17.