Tag: gerakan Islam

  • Fiqh Siasah: Risalah mengenai Syura

    Perbahasan tentang Islam dan politik, walaupun menarik dalam konteks semasa tetapi satu yang telah lama saya tinggalkan buat beberapa ketika. Salah satunya disebabkan banyak penulisan tema berkenaan masih berada pada teoritikal dengan merujuk kepada amalan sewaktu zaman keemasan Islam, yakni zaman Rasulullah S.A.W serta zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidun. Kebanyakan literatur Islam dan politik yang sempat…

  • Gus Dur, Dari Pesantren ke Istana

    Sedari awal lagi, Prof Greg Barton mengakui bahawa biografi Gus Dur ini sebagai satu biografi yang subjektif dan cuba mempersembahkan Gus Dur sebagai tokoh, dan idea-idea liberalnya dalam konteks Indonesia dalam bentuk mudah. Pada beberapa bab awal, susunan biografi ini tidaklah sepenuhnya berdasarkan kronologi. Diselitkan di beberapa tempat huraian mengenai tatanan keagamaan masyarakat Indonesia, khususnya…

  • Jejak-Jejak Tjokroaminoto

    Ada banyak cara kreatif bagi mengenang sumbangan sesuatu tokoh, menurut kebiasaan lapangan masing-masing. Misalnya, penghargaan kepada sosok ilmuwan dijelmakan menerusi penghasilan festschrift dalam bentuk kumpulan esei oleh rakan sejawat dan juga anak-anak murid tokoh terbabit. Dalam hal ini, kita wajib belajar daripada jiran kita Indonesia. Rancangan bual bicara mingguan membahaskan pelbagai sisi sesuatu tokoh, filem-filem…

  • al-Shura: Perbahasan Demokrasi dan Islam

    Urusan berkaitan politik (siyasah) dan pentadbiran digolongkan dalam perbahasan ilmu fiqh muamalat, melibatkan urusan dan perhubungan sesama manusia. Kefahaman mengenai kedudukan perbahasan ilmu ini penting bagi memahami dalil dan kaedah fiqh dalam perbahasan berkaitan politik, seterusnya menonjolkan sifat Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin. Antara kaedah fiqh yang terpakai secara umum dalam perbahasan muamalat ialah ‘hukum…

  • Noah Feldman: Negara Islam Yang Bagaimana?

    Saya menyambung dengan telaah tema Islam dan politik menerusi karya Prof. Noah Feldman, The Fall and Rise of the Islamic State yang saya kira molek dibaca oleh golongan aktivis dan penggerak gerakan Islam. Beberapa buku dengan tema yang serupa pernah saya baca, iaitu Who Needs and Islamic State oleh Dr. Abdul Wahab Effendi serta Indahnya…

  • Seminar Tan Sri Asri Muda: Menjernihkan Pelbagai Sisi

    Membicarakan seseorang tokoh adalah sesuatu yang sukar, terutamanya tokoh berkenaan masih lagi hidup. Rupanya membicarakan allahyarham Tan Sri Asri Muda juga ada kesukaran tersendiri, untuk mengesahkan atau menidakkan persepsi pelbagai pihak terhadap allahyarham. Sabtu lalu (31/1/2015) Akademi Politik Budiman menganjurkan seminar bukan sekadar untuk mengenangnya, tetapi untuk mendalami strategi-strategi politik, penulisan mahupun peribadi beliau. Tiga pembentang…