Tag: kumpulan esei

  • Merumus Faham Ilmu (Epistemologi) Manhaj Malizi

    Wacana mengenai faham ilmu ini bukanlah terlalu asing buat Malaysia, kerana salah seorang tokoh yang terlibat dalam wacana ini ialah Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Turut membantunya ialah anak-anak murid seperti Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang terkehadapan sewaktu era 70-an. Hasil perjuangan tokoh-tokoh inilah yang membuahkan sebuah universiti Islam di Gombak. Buku Faham Ilmu: Pertumbuhan dan Implikasi adalah salah satu cadangan Fathi Aris Omar, sudah berumur hampir dua dekad rupanya. Ia merupakan koleksi rencana yang ditulis pelbagai sarjana tempatan seperti Prof. Wan Mohd Nor dan Dr. Siddiq Fadzil. Berikut saya turunkan…

    ·


  • Menonton Sinema Spiritual di Aidilfitri

    Apabila kita menonton sebuah filem atau drama, sebenarnya kita sedang membaca. Justeru esei-esei seputar filem dan budaya dalam Sinema Spiritual ini boleh ‘ditonton’, dalam erti kata ia membaca teks dan subteks yang terkandung dalam filem-filem yang beliau kupas sekitar 2008-2010. Aidilfitri dalam dekad mutakhir ini pula sinonim dengan telemovie dan ulang tayang filem-filem Malaysia di kaca televisyen. Sinema Spiritual mengajak kita agar menjadi penonton yang celik lagi cerdik, bahkan besar harapannya agar gagasan Islam tsaqafi ini disambut seniman dan karyawan kelak. Perihal apakah teks dan subteks turut beliau sentuh pada menghuraikan teater beliau sendiri Kopitiam Ghadir. Tidak sukar untuk mencari…

    ·