Tag: kumpulan esei
-
Why I Write: Membaca Orwell Di Kala Pilihan Raya
Tidak sukar mencari tulisan George Orwell, nama pena Eric Arthur Blair. Namun saya tidak upaya menahan ‘godaan’ untuk memiliki beberapa buku dari koleksi Penguin Great Ideas, antara kumpulan esei beliau Why I Write dan Books vs. Cigarettes. Semacam ironi apabila kulit muka buku ini meletakkan cuplikan esei terakhir dalam kumpulan ini Politics and the English Language. Hal ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa inti esei yang dimuatkan dalam buku senipis 120 halaman ini menyentuh hal politik terutamanya empayar Inggeris sekitar Perang Dunia Kedua. Terdapat empat esei disusun kemas dalam kumpulan ini, iaitu: 1. Why I Write 2. The Lion and…
·
-
Biblioholisme, Sakit Yang Bukan Penyakit
Di luar perancangan, saya rupanya sedang menatap dua buah buku seputar dunia buku dan pembacaan. Pertama, buku How To Read A Book dan kedua Biblioholisme buah tangan tuan Shaharom TM Sulaiman. Buku yang hanya setebal 106 muka surat ini merupakan rangkuman 26 tulisannya sebagai kolumnis di pelbagai majalah dan akhbar seperti Massa, KOSMO dan Utusan. Sejumlah esei ini kemudiannya dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Buku dan Daya Pikatnya; Biblioholisme: Mengenal Dunia Pencinta Buku; Travelog Pencinta Buku; serta Sisi Aneh Dunia Buku. Secara peribadi, saya membahagikan buku ini kepada dua, satu bercerita mengenai sosok pencinta buku manakala seterusnya mengenai dunia buku…
·