Merumus Negara Nan Mustahil

The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity's Moral Predicament
Wael B. Hallaq
Columbia University Press
2012

“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”, kalam Badiuzzaman Said Nursi pasti membingungkan kita. Apakah beliau sudah muak dan letih dengan suasana politik zaman akhir Uthmaniyah? Tersirat ialah satu bayangan mengenai perubahan drastik kerangka kerajaan dan pentadbiran Islam, kepada faham negara bangsa, produk budaya dan sejarah tamadun Barat. Ini yang cuba diusulkan oleh Prof. Wael bin Hallaq dalam Impossible State, menganalisis ke jantung hati projek moderniti ini di samping perbandingan dengan Islamic governance – sengaja tidak memilih perkataan state yang sarat nilai.

Pada pandangan saya Impossible State lebih cenderung kepada falsafah politik, dengan huraian bersesuaian yang diambil daripada sejarah dan pelbagai tokoh-tokoh pemikiran seperti mana pendekatan yang turut digunakan oleh Prof. Noah Feldman. Beliau menegaskan tulisannya bukan bertujuan untuk menghidupkan semula institusi-institusi politik seperti zaman lampau, tetapi satu cubaan menghidupkan semula masyarakat bermoral.

Beliau menghuraikan secara rinci asas-asas faham negara bangsa, antaranya konsep sovereign  yang menurut pengarang bertepatan dengan konsep mulk, berbanding terjemahan Melayu sebagai kedaulatan. Hal ini mengingatkan saya kepada tulisan Mawdudi yang menegaskan bahawa sovereignity sebuah negara dan masyarakat Islam terletak pada Allah. Selain itu, pengarang menghuraikan dengan lebih lanjut faham-faham berkaitan pembentukan sebuah Islam governance seperti nasionalisme dan implikasinya terhadap Muslim, misalnya dalam soal jihad.

Bagaimana kita mahu memahami tajuk Impossible State ini? Adakah ia bermaksud negara Islam tidak mampu tertegak pada zaman ini? Elok kita tekuni satu persatu hingga ke nota hujungnya. Kelebihannya, pengarangnya memahami inti kepada negara bangsa dan juga pemerintahan Islam, seperti seruannya di bahagian penutup agar dialog antara peradaban dibina dan masyarakat bermoral diupayakan.

Facebook Comments
Latest posts by Muhammad Fakhruddin (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.