Realiti Jurang Kekayaan di Malaysia

The Colour of Inequality
Muhammed Abdul Khalid
Equality
MPH Group Publishing
2014
249

"This book provides an alternative insight to the debate on inequality in Malaysia, by focusing on the distribution of wealth or assets, rather than income. Despite tremendous increase in national income, the wealth gap in Malaysia is alarmingly high and extremely skewed. For instance, the top 0.2 per cent of depositors in ASB has about 1,133 times more than the bottom 80 per cent of depositors combined. This gap is echoed by the fact that approximately two-thirds of Malaysian workers earn less than RM3,000 per month, and about 90 per cent of Malaysians have nearly zero savings. The current policies are not facilitating improvements in this wealth gap, which could lead to aristocracy where birth, not hard work or talent and effort, matter the most in wealth accumulation. This book explores possible policy interventions that can be undertaken to ensure that economic growth is equitably shared, which is vital for a stable and prosperous society"--Page 4 of cover.

Perbahasan mengenai maju dan mundur status sosioekonomi bangsa Malaysia sudah bermula sejak zaman Pendeta Za’ba, fokusnya terhadap kaum Melayu. Sejak era 1950-an lagi, kesenjangan atau jurang kekayaan antara kaum sudah wujud. Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, isu ini wujud seperti barah yang perlahan-lahan merebak sebelum mencetuskan ketegangan politik dan sosial, diingati dalam rekod kerajaan mengenai peristiwa 13 Mei.

Dalam keghairahan kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, pengarang menarik perhatian kita mengenai isu pengagihan kekayaan dalam masyarakat Malaysia. Selain daripada isu ketegangan kaum yang timbul disebabkan jurang kekayaan, ia juga membawa kepada pelbagai kesan lain dalam sistem ekonomi:

  1. Kekayaan menjana kuasa beli yang lebih tinggi, dan ia juga berupaya untuk menjana lebihan dan diwariskan kepada generasi masa depan;
  2. Pemilikan kekayaan adalah salah satu sumber pendapatan;
  3. Pemilik kekayaan mempunyai lebih akses kepada kredit berbanding bukan pemilik; dan
  4. Mereka secara tidak langsung mempunyai kuasa ekonomi dan politik lebih kuat berbanding kelas lain.

Oleh itu, kajian mengenai pengagihan kekayaan lebih hampir kepada realiti ekonomi rakyat terbanyak berbanding ukuran purata pendapatan rakyat. Dari segi teori ekonomi pula, jurang kekayaan ini diukur menerusi pekali Gini (Gini coefficient) antara julat nilai 1 (taburan sangat tidak sama rata) dan 0 (taburan sama rata).

Berdasarkan pekali Gini pada 2004 iaitu 0.418, pengarang menunjukkan bahawa 93.7 peratus daripada angka ini disumbangkan oleh jurang kekayaan dalam kelompok kaum, berbanding 6.3 peratus yang disebabkan jurang antara kaum di Malaysia.

Ada beberapa hal yang perlu kita tinjau semula menurut pengarang. Pertama mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mendapat reaksi yang rencam. Berdasarkan perangkaan dan statistik rasmi menunjukkan bahawa dasar ini berjaya merapatkan jurang kekayaan antara kaum yang menjadi salah satu objektifnya. Selain itu, kita perlu bertanya apakah yang menyumbang jurang yang semakin melebar ini? Pewarisan, taraf pendidikan dan tekad politik juga menyumbang kepada maju atau mundurnya pelaksanaan polisi bagi menangani masalah ini.

Pengarang mengusulkan beberapa cadangan dasar untuk dilaksanakan antaranya reformasi sistem percukaian negara menerusi pelaksanaan tiga jenis cukai, iaitu cukai pewarisan (inheritance tax), cukai laba modal (capital gain tax, CGT) dan juga cukai nilai tambah (value-added tax, VAT).

Dua kategori cukai pertama menyasarkan golongan kaya dan berkemampuan manakala yang terakhir membabitkan rakyat terbanyak. Cukai nilai tambah telah dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 2015 yang dikenali sebagai GST, manakala pelaksanaan CGT telah dilaksanakan dalam beberapa bentuk seperti cukai hartanah atau RPGT.

Di samping itu, satu cadangan dasar yang dikupas secara rinci ialah beberapa perubahan dasar pengajian tinggi sejak awal 2000 antaranya sistem meritokrasi menggantikan sistem kuota dalam kemasukan ke IPTA, perubahan dasar penajaan biasiswa, dan peningkatan bilangan IPTS.

Beliau berpendapat perubahan-perubahan ini hanya memberi manfaat kepada golongan kaya dan berkemampuan berbanding mereka yang kurang mampu, khususnya pelajar dari luar bandar. Hal ini disebabkan kaitan rapat antara taraf pendidikan dengan jurang kekayaan, misalnya jumlah pendapatan yang lebih tinggi dengan mempunyai pendidikan tinggi berbanding lepasan sekolah menengah dan rendah.

Sudah tentu buah fikir yang baik begini tidak berguna tanpa perbahasan dan perhatian dalam masyarakat awam di samping tekad politik bagi memastikan sesuatu dasar dilaksanakan berhasil dengan baik dan berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.