Hampir sahaja saya terlupa mengenai buku “Knowledge Culture And The Concept Of 1Malaysia” sebagaimana politikus kita melupakan slogan-slogan yang mereka telah cipta. Tulisan Prof. Wan ini saya dapat secara percuma dengan pembelian memoir beliau “Rihlah Ilmiah”.
Walaupun telah 2 kali khatam memoir, tetapi cuti musim panas lepas baru saya sempat menekuni tulisannya yang satu lagi. Pada pengamatan saya, beliau menulis dengan fokus kepada mauduk utama iaitu budaya ilmu. Boleh dikatakan tahun 2013 ialah tahun saya menekuni banyak karya-karya Prof. Al-Attas dan anak-anak muridnya.
Pengarang cuba menghuraikan perkaitan antara budaya ilmu dengan konsep 1Malaysia, meminjam analogi sepohon yang subur yang dinukilkan Imam Al-Ghazali dalam Nasihatul Muluk. Antara yang dicatat berkaitan budaya ilmu:
- Pendidikan sepanjang hayat (berkaitan dengan kefahaman dinamik mengenai konsep fardu ain dan fardu kifayah)
- Peri penting kewujudan institusi pengajian tinggi yang melahirkan metodologi dan produk pemikiran yang inovatif.
- Fokus penting institusi pengajian tinggi untuk melahirkan INSAN yang berpendidikan yang beradab serta berkemahiran tinggi.
- Di samping itu, objektif asas institusi ini ialah menyelesaikan masalah (teringat pula peranan intelektual Prof. Syed Hussein Alatas) kemanusiaan dan alam sekitar yang membentuk keharmonian dan kebahagiaan masyarakat dan negara.
- Penerbit buku tempatan dan penerbit universiti menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermakna dan diiktiraf dunia (di sini pengarang menegaskan keperluan buku-buku sebegini ditulis dalam Bahasa Melayu).
- Peri penting pemimpin yang berbudaya ilmu. Menurut pengarang kitab Taj al-Salatin, seorang pemimpin mestilah matang (membezakan yang haq dan batil) serta berilmu (jika tidak perlu belajar dan berdamping dengan ilmuwan).
- Menguasai bahasa Melayu dan sejarah negara.
- Menguasai bahasa ketiga dan lain-lain bahasa.
- Edible Economics – When You’re Hungry, but You’re an Economic Professor… – 02/01/2025
- 3 Hal dari 2024 – 31/12/2024
- Percikan dari Membakar Sastera – 30/12/2024
Leave a Reply