Author: Muhammad Fakhruddin

  • #BacaMerdeka: Merdeka dengan Darah dalam Api

    Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api Book Cover Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api
    Ahmad Boestamam
    Penerbit UKM
    2004

    Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api yang diterbitkan sekitar 2004 pernah saya sikapi dengan hati-hati. Pertama, dek tebal dan harganya tak lupa juga pada penglibatan beliau dalam gerakan kiri.

    Empat Buku Dalam Satu

    Memoir ini mengumpulkan tiga biografi beliau, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan juga Tujuh Tahun Malam Memanjang. Tidak lengkap memoir ini tanpa disertakan manifesto perjuangan beliau yang terkenal, iaitu Testament Politik A.P.I: Merdeka dengan Darah yang terbit sekitar tahun 1946, yang menjadi asbab penahanan beliau kali kedua dan pengharaman gerakan kiri seperti PKMM dan API.

    Memoir ini menyusun kembali biografi beliau mengikut kronologi, dimulai zaman pra-Jepun dan pentadbiran Jepun, sesudah Jepun dan British kembali mentadbir dan akhirnya penahanan beliau sesudah Undang-Undang Darurat diisytiharkan.

    Tan Sri A. Samad Ismail menulis kata pengantar yang sangat baik, sama ada ia menimbulkan persoalan untuk dicari dalam memoir sahabat beliau ini mahupun menyinggung isu-isu yang tidak disentuh oleh Ahmad Boestamam, nama sebenarnya Abdullah Thani Raja Kechil. Antara yang menarik dalam kata pengantarnya adalah:

    1. Kekuatan tokoh-tokoh gerakan kiri Melayu
    2. Siapakah tokoh yang banyak mempengaruhi Abdullah Thani hinggakan memakai nama “Ahmad Boestamam”?
    3. Kewajaran PKMM keluar dari gabungan persatuan Melayu yang kini dikenali sebagai UMNO
    4. Siapakah saingan sebenar bagi PKMM?
    (more…)
  • Wisdom of Nasyid, Qasidah and Selawat

    Panel discussion between Dr. Afifi al-Akiti and Ustaz Don Daniyal in conjunction of Nottingham Berselawat (16 February 2013). The following is the Malay translation for Selawat Adnani or Qasidah Abdul Mutalib


    صلى عليك الله يا عدنان

    Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20)

    يا مصطفى يا صفوة الرحمن

    Wahai Yang Terpilih Wahai Yang Penuh keIkhlasan & Pengasih

    الحمد لله الذي أعطاني 

    Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku 

    هذا الغلام الطيب الأردان 

    Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya

    قد ساد فى المهد على الغلمان 

    Kebaikannya itu telah mengatasi dengan jelas anak-anak lelaki lain 

    أعيذه بالبيت ذي الأركان 

    Ku melindunginya dengan rumah yang mempunyai kerukunan/peraturan (melindunginya dengan Allah “Tuhan Ka’bah”)

    حتى أراه بالغ البنيان

    Sehingga aku melihatnya sudah baligh/matang dan bertubuh kuat dan sihat 

    أنت الذي سمية في القرآن 

    Engkaulah yang telah disebutkan (dinamakan) di dalam Al-Quran

    أحمد مكتوب على الجنان 

    Ahmad yang tertulis di langit

    صلى عليك الله في الأحيان 

    Allah memberkatimu dalam kehidupan yang berterusan 

    أحمده في السر والبرهان

    Ku memujinya secara rahsia dan nyata (dalam hati dan lafaz dengan lidah)

    حقا على الإسلام والإيمان 

    Yang benar-benar berhak ke atas Islam & Iman 

    يا ربنا بالمصطفى العدنان 

    Wahai Tuhan Kami, kami bertawassul dengan berkat yang terpilih dari Bani Adnan 

    اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله

    Ampunkanlah kiranya dosa-dosaku,kemudian perbaikilah kiranya diriku ini Ya Allah

  • Menonton Sinema Spiritual di Aidilfitri

    Sinema spiritual Book Cover Sinema spiritual
    Faisal Tehrani
    Film criticism
    Unit Buku Harakah
    2012
    144

    Film criticism from Islamic perspectives; collected articles.

    Apabila kita menonton sebuah filem atau drama, sebenarnya kita sedang membaca. Justeru esei-esei seputar filem dan budaya dalam Sinema Spiritual ini boleh ‘ditonton’, dalam erti kata ia membaca teks dan subteks yang terkandung dalam filem-filem yang beliau kupas sekitar 2008-2010.

    Aidilfitri dalam dekad mutakhir ini pula sinonim dengan telemovie dan ulang tayang filem-filem Malaysia di kaca televisyen. Sinema Spiritual mengajak kita agar menjadi penonton yang celik lagi cerdik, bahkan besar harapannya agar gagasan Islam tsaqafi ini disambut seniman dan karyawan kelak.

    Perihal apakah teks dan subteks turut beliau sentuh pada menghuraikan teater beliau sendiri Kopitiam Ghadir. Tidak sukar untuk mencari titik mula dan asas gagasan Islam tsaqafi ini yang disusun cantik pada kata pendahuluan Faisal Tehrani dan lima esei pertama dalam buku ini. Filem yang baik menurut coretan beliau dalam Nota awal Sinema Spiritual:

    1. Punya kekuatan naratif yang berpaksikan tauhid.
    2. Skrip yang mendorong renungan dan berupaya menjana keilmuan, lantas menolak ghaflah atau kelalaian.
    (more…)